Sejarah Islam di Alam Melayu: Antara Fakta & Rekaan
Author: Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Publisher: CASIS
ISBN:
Weight:
Pages:
Year: 2025
Price: RM60
Buku ini ditulis bagi menjawab kekeliruan yang ditimbulkan oleh ramai sejarawan Eropah berkenaan sejarah Islam di Alam Melayu untuk menyingkap hakikat sejarah dan membezakannya daripada cerita-cerita rekaan sejarah dan membezakannya daripada cerita-cerita rekaan dan khayalan. Persoalan tentang siapakah pendakwah-pendakwah yang membawa dan menyebarkan Islam ke rantau ini, andaian bahawa Islam datang dengan jalan perdagangan yang mengisyaratkan bahawa tiada usaha yang terancang dan tersusun untuk Islamisasi Alam Melayu; tentang asal usul nama Sumatra; samada ianya berasal daripada perkataan Samudra atau Semutra; persoalan mengenai Merah Silau dan al-Malik al-Salih; identiti sebenar Parameswara; asal-usul nama Melaka; identiti Wali Songo dan nama-nama mereka, bahkan perbincangan juga merangkumi sejarah islamisasi Mindanao, Sulu, Brunei dan Pulau Jawa. Semua fakta sejarah ini penulis kemukakan dengan menggunakan kaedah ilmiah yang menyeluruh berdasarkan hujah-hujah akliah yang disokong oleh bukti-bukti empirikal dan bukan berasaskan hujah-hujah sangkaan sepertimana yang sering dilakukan oleh para sejarawan Eropah.