Tun Kudu: Wirawati Melaka
Author: Mohd Jamil Mukmin
Publisher: Institut Tun Perak
ISBN: 9789832600473
Weight: 0.92 kg
Pages: 44pp
Year:
Price:
Sejarah Melayu telah memaparkan bahawa pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka (1262-1511) terdapat tokoh-tokoh wanita yang telah membantu menstabilkan politik dan pentadbiran negeri Melaka. 'Di samping itu terdapat juga diantara mereka yang menjadi faktor mengeratkan lagi hubungan diplomasi diantara negeri Melaka dengan Negara-negara luar. Antaranya ialah Puteri Ratna Kemula, puteri Raja Pasai (Perlak) yang telah berkahwin dengan Seri Sultan Iskandar Syah, Sultan Melaka pertama; Tun Kudu yang telah berkahwin dengan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Melaka kelima, Radin Galoh Chandra Kirana, puteri Raja Majapahit dan Puteri Hang Li Poh, puteri Maharaja China yang telah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka keenam. Tun Fatimah, puteri Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Tun Teja, puteri Bendahara Pahang dan Puteri Onang Kinang, puter Sultan Kelantan telah. berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka kelapan dan ramai contoh-contoh lain. Artikel ini akan menghuraikan peranan Tun Kudu yang telah menstabilkan politik dan kerana kejayaan ini beliau digelar sebagai "Wirawati Melaka".